Komunikasi Terhalang

Hal ini merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi oleh majikan dan pembantu rumah terutamanya yang pertama kali bekerja di Malaysia. Terdapat istilah/ perkataan yang sama tetapi membawa maksud yang berbeza.

Contoh perkataan piring dan pinggan. Dalam Bahasa Melayu piring merujuk yang bersaiz kecil sementara pinggan yang bersaiz lebih besar tetapi dalam Bahasa Indonesia perkataan ini membawa makna yang sebaliknya.

Walaupun isu ini kelihatan kecil tetapi sebagai majikan kita mestilah memberi ruang dan bimbingan dengan baik supaya pembantu rumah kita akan dapat cepat memahami perkara-perkara baru kepada mereka terutama persekitaran yang totally sangat berbeza dengan kehidupan mereka di negara asal. Tahap ekonomi mereka yang rendah menyebabkan pembantu rumah ini mengalami kejutan budaya apabila pertama kali masuk ke rumah majikan yang rata-ratanya lebih cantik dan mewah .

Biasanya kebanyakan pembantu mengambil masa antara 2 hingga 3 minggu untuk memahami tugas dan menyesuaikan diri dengan persekitaran baru mereka. Kesabaran dan sikap memahami yang ditunjukkan oleh majikan akan memberi keyakinan dan membantu pembantu rumah melepasi tahap penyesuaian ini dengan lebih selesa.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *