Maid vs Handphone

Handphone dan maid adalah sesuatu yang sinonim dan sering menjadi isu kepada kebanyakan majikan.Malah pihak agensi juga memandang serius penggunaan handphone .

Kenapa jadinya begitu??? Handphone menjadi masalah apabila maid yang diberi kepercayaan oleh majikan untuk menggunakan handphone telah menyalahgunakan kemudahan ini. Walaupun majikan mensyaratkan handphone yang diberi hanya boleh digunakan untuk menghubungi majikan jika berlaku kecemasan tetapi keadaan yang berlaku adalah sebaliknya.

Handphone sering digunakan oleh maid pada waktu bekerja untuk menghubungi teman-teman maid yang yang lain untuk berbual-bual kosong dan kemungkinan juga berbual dengan teman lelaki mereka. Jika keadaan ini berterusan akan menyebabkan maid hilang fokus kepada kerja- kerja  yang sedang dilakukan malah mungkin sehingga mengabaikan anak-anak majikan yang perlu diberi perhatian yang teliti. Malah terdapat maid yang terganggu emosi mereka apabila mendapat perkhabaran yang tidak baik setelah menghubungi keluarga mereka di Indonesia.

Sebagai jalan tengah, majikan dicadangkan supaya memikirkan langkah-langkah dan syarat-syarat ketat kepada maid jika mereka masih merasakan perlu untuk membenarkan maid menggunakan handphone.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *