Memilih Pembantu Rumah Anda

1. Pastikan objektif atau tujuan anda ingin mendapatkan pembantu rumah – untuk menjaga anak yang masih kecil / baby atau anak- anak yang sudah boleh berdikari. Mungkin kalau untuk menjaga baby sesuailah memilih pembantu yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak dan tidaklah terlalu tua usia mereka.

2. Kebanyakan pembantu rumah yang bersedia untuk menjaga ahli keluarga yang sakit adalah dalam lingkungan umur 35 tahun ke atas.

3. Pengalaman pembantu rumah juga penting.Bagi majikan yang ada masa dan mungkin sudah menyediakan modul untuk pembantu rumah mereka , pembantu yang masih freshie adalah sesuai.

4. Terdapat majikan yang lebih gemar memilih pembantu yang sudah mempunyai pengalaman kerja dengan alasan pembantu tersebut sudah pandai dan tahu tugas dan tanggungjawab mereka.

5. Walau apapun pilihan majikan satu perkara yang perlu diingat bahawa pembantu rumah yang kita gajikan itu bertugas sekadar MEMBANTU majikan menjaga anak-anak dan menguruskan rumah semasa ketiadaan majikan di rumah.

6. Adalah kurang bijak jika majikan menyerahkan tugas menjaga anak-anak sepenuhnya kepada pembantu rumah.Latar belakang sosial mereka yang amat berbeza dengan kita dan tahap pendidikan mereka yang agak minimum tidak akan memungkinan pembantu rumah tersebut memenuhi impian kita dalam mendidik anak-anak. Jika mereka mampu maka itu adalah bonus kepada majikan.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *